786

Tuesday, February 19, 2013

Tuesday, January 26, 2010

Mengenal Kertas PI PMR

Bagi pelajar yang menduduki PMR tahun ini,
jom kita mengenal Kertas Pendidikan Islam PMR (45).

Pendidikan Islam 45/1 : Ujian Bertulis
- bahagian A : dua soalan mengandungi TILAWAH, HADIS dan JAWI, pelajar diberi pilihan memilih salah satu soalan ( 20 markah )
- bahagian B : mengandungi AQIDAH, IBADAH, SIRAH dan ADAB ( 80 markah )

Pendidikan Islam 45/2 : (bahagian A) = Ujian Tilawah & Hafazan.
- pelajar akan diuji dalam bidang Tilawah : membaca satu muka surat al-qur'an dengan tajwid, fasahah dan adab yang betul.
- pelajar akan diuji dalam bidang hafazan : menghafaz 8 ayat pilihan

Pendidikan Islam 45/2 : (bahagian B) = Penilaian Adab dan Akhlak Islamiah.
- penilaian adab dan akhlak ( guru )
- penilaian adab dan akhlak ( ibubapa )
- penilaian adab dab akhlak ( rakan sebaya )

Friday, May 1, 2009

SEMESTER DUA : larian pecut menuju pmr

Bila sahaja semester dua menjelma, maka pelajar-2 hendaklah bersiap sedia membuat larian pecut menuju satu objektif terdekar, skor A dalam PMR. Itu sahaja cara membalasa jasa ibubapa dan gurumu selama ini. 15 tahun pelajar-2 diberi kasih sayang ibubapa, inilah masanya untuk memberi senyuman ibubapa yang paling manis.
Pelajar-2 PMR tahun ini, amat penting kerana kamu adalah pelajar tahun satu ketika sekolah ini dibuka (2001- masa itu ustaz jadi guru kelas kamu). Masyarakat akan tengok, sama ada sistem pendidikan integasai yang as-syakirin perjuangkan berjaya atau tidak.
Ingat lagi tahun 2001 dulu, ramai yang kurang yakin dengan sistem integrasi. tapi sekarang tengok sekolah beraliran sebegini tumbuh bak cendawan di musim hujan.
Belajar rajin, study smart.

Wednesday, October 22, 2008

Analisa Kertas Pendidikan Islam PMR 08

Analisis Soalan Pendidikan Islam PMR 2008 yang telah diadakan pada bulan Oktober 2008 berdasarkan Format Soalan dan Sukatan Matapelajaran PI.

A. ANALISA MENGIKUT FORMAT KERTAS SOALAN

Bahagian A
Soalan Satu : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
1.a. Tingkatan 1, Bab 10. Topik : Sifat-sifat Allah SWT
1.b. Tingkatan 3, Bab 6. Topik : Amalan Mukmin Cemerlang
1.c. Tulisan jawi
Soalan Dua : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
2.a. Tingkatan 3, Bab 4. Topik : Mengingati Allah SWT Menenangkan Hati
2.b. Tingkatan 1, Bab 12. Topik : Al-Qur’an dan Hadis Panduan Hidup Mukmin
2.c. Tulisan Jawi
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.a. Tingkatan 1, Bab 15. Topik : Asas Akidah Islam
3.b. Tingkatan 2, Bab 11. Topik : Beriman Kepada Asmaul Husna
3.c. Tingkatan 3, Bab 9, Unit 9 & 10. Topik : Beriman pada hari Akhirat : Syurga dan Neraka
Soalan Empat ( IBADAT )
4.a. Tingkatan 1, Bab 19, Unit 1 & 2. Topik : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
4.b. Tingkatan 1, Bab 21, Unit 1-3. Topik : Solat Fardhu
4.c. Hukum
4.c.1. Solat Jamak
4.c.2. Solat Jenazah
4.c.3. Solat ketika sakit
4.c.4. Zakat Fitrah
Soalan Lima ( SIRAH DAN TAMADUN ISLAM )
5.a. Tingkatan 1, Bab 26. Topik : Kejayaan Rasulullah SAW meletakkan Asas Akidah Yang Kukuh
5.b. Tingkatan 2, Bab 21. Topik : Sayidina Ali bin Abu Talib Pemuda Yang Berani.
5.c. Susun Ayat :
5.c.1. Surah Al-Baqarah ayat 256
5.c.2. Surah Ali Imran ayat 18
Soalan Enam ( ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH )
6.a. Tingkatan 3, Bab 21. Topik : Adab terhadap Ibubapa
6.b.Tingkatan 3, Bab 20. Topik : Adab Dalam Hubungan Sosial.
6.c. Tingkatan 1, Bab 31. Topik : Adab Berkawan

B. ANALISA MENGIKUT SUKATAN / TINGKATAN

B.1. Sukatan Tingkatan Satu
Soalan Satu : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
1.a. Tingkatan 1, Bab 10. Topik : Sifat-sifat Allah SWT
Soalan Dua : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
2.b. Tingkatan 1, Bab 12. Topik : Al-Qur’an dan Hadis Panduan Hidup Mukmin
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.a. Tingkatan 1, Bab 15. Topik : Asas Akidah Islam
Soalan Empat ( IBADAT )
4.a. Tingkatan 1, Bab 19, Unit 1 & 2. Topik : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
4.b. Tingkatan 1, Bab 21, Unit 1-3. Topik : Solat Fardhu
Soalan Lima ( SIRAH DAN TAMADUN ISLAM )
5.a. Tingkatan 1, Bab 26. Topik : Kejayaan Rasulullah SAW meletakkan Asas Akidah Yang Kukuh
5.c. Susun Ayat :
5.c.1. Surah Al-Baqarah ayat 256
5.c.2. Surah Ali Imran ayat 18
Soalan Enam ( ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH )
6.c. Tingkatan 1, Bab 31. Topik : Adab Berkawan

B.2. Sukatan Tingkatan Dua
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.b. Tingkatan 2, Bab 11. Topik : Beriman Kepada Asmaul Husna
Soalan Empat ( IBADAT )
4.c. Hukum
4.c.1. Solat Jamak
4.c.4. Zakat Fitrah
Soalan Lima ( SIRAH DAN TAMADUN ISLAM )
5.b. Tingkatan 2, Bab 21. Topik : Sayidina Ali bin Abu Talib Pemuda Yang Berani.

C.3. Sukatan Tingkatan Tiga
Soalan Satu : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
1.b. Tingkatan 3, Bab 6. Topik : Amalan Mukmin Cemerlang
Soalan Dua : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
2.a. Tingkatan 3, Bab 4. Topik : Mengingati Allah SWT Menenangkan Hati
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.c. Tingkatan 3, Bab 9, Unit 9 & 10. Topik : Beriman pada hari Akhirat : Syurga dan Neraka
Soalan Empat ( IBADAT )
4.c. Hukum
4.c.2. Solat Jenazah
4.c.3. Solat ketika sakit
Soalan Enam ( ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH )
6.a. Tingkatan 3, Bab 21. Topik : Adab terhadap Ibubapa
6.b.Tingkatan 3, Bab 20. Topik : Adab Dalam Hubungan Sosial.

Disediakan oleh
ustaz arifin
Guru Pendidikan Islam
Sekolah Integrasi As-Syakirin
Seksyen 13, Shah Alam.

Thursday, October 16, 2008

Tahniah Kepada Calon PMR 08

Kertas Pendidikan Islam Kertas 1 Peperiksaan Menengah Rendah 2008 telah diadakan pada hari Isnin, 13 Oktober 2008.
Tahniah kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Semoga anda membawa kejayaan bagi diri, keluarga, sekolah, bangsa dan negara.